twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK PUNCAK ALAM 2

Jalan Gugusan Alam 7/1, Seksyen 7, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor

SK PUNCAK ALAM 2

Alhamdulillah SK Puncak Alam 2 telah dinobatkan dengan anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan 2015

SURAU AL-FALAH

Memudahkan warga SK Puncak Alam 2 untuk solat berjemaah.

FROG-VLE (Virtual Learning Environment)

Pembelajaran alaf baru dengan Frog-VLE

Sunday, March 8, 2015

Apa itu Sekolah Kluster Kecemerlangan

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK)


DEFINISI

Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

TUJUAN

Sekolah Kluster Kecemerlangan diwujudkan bagi melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia


PELAKSANAAN

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-
  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah - dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
  • Panel Penasihat - dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad
  • Jawatankuasa Pelaksana – dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Pemilihan Sekolah Kluster Kecemerlangan akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:
  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK) dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG)
Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat Pertama
  • Pengukuran Standard Sekolah: Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya Taraf  Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti  Pendidikan Malaysia (SKPM)

Prasyarat Kedua
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Menengah)
  • Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam PMR dan SPM 3 tahun berturut-turut:
  • SBP : GPS 2.5 dan ke bawah
  • SMKA : GPS 3.0 dan ke bawah
  • SMT : GPS 4.0 dan ke bawah
  • SM Harian : GPS 4.0 dan ke bawah
  • Kecemerlangan Kurikulum (Sekolah Rendah):
  • Sekolah Rendah Harian : 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam UPSR, atau
  • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan; atau GPS UPSR : 2 dan ke bawah

Syarat Pemilihan
Kecemerlangan murid dalam aspek:
  • Akademik
  • Kokurikulum
  • Sahsiah
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program KPM
  • Sekolah berwatak


0 comments:

Post a Comment

OUR VOICES